SPM 2011 !

Followers

7 Adab Berdoa :)

  • Berdoalah pada waktu yang mulia . Misalnya pada bulan Ramadhan , hari Arafah , hari Jumaat dan waktu menjelang pagi ( waktu sahur ).
  • Ambillah peluang berdoa ketika hujan lebat , selepas selesai solat fardu , antara azan dan iqamat serta ketika sujud .
  • Hadaplah kearah kiblat ketika berdoa sambil mengangkat kedua-dua belah tangan . Kemudian usaplah ke wajah sebaik sahaja selesai doa .
  • Sebelum berdoa , berzikirlah terlebih dahulu . Usah gopoh dalam berdoa . Kemudian akhirilah ia dengan bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  • Ketika berdoa , perlahankanlah suara iaitu antara berbisik dengan jelas .
  • Tetapkan hati dalam berdoa serta yakin Allah akan mengabulkannya . Pada masa yang sama , berdoalah dalam keadaan rendah diri , kusyuk dan takut kepada-Nya .
  • Berdoa dengan bersungguh-sungguh . Sebaik-baiknya ia diulangi sehingga tiga kali .

Renung-renungkan lah 
dan Selamat Beramal :)

No comments:

Post a Comment